KUALA LUMPUR: Di sebalik semangat rakyat Indonesia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2024, keadaan di Pusat Pengundian Awal di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) dilihat kecoh.
Beberapa pengundi Indonesia yang ditemui mendakwa keadaan tersebut antaranya berpunca kerana hanya satu laluan dibuka untuk memasuki pusat pengundian tersebut.
Tinjauan Astro AWANI juga mendapati situasi tersebut kemungkinan berlaku ekoran terdapat pemilih yang tidak membuat pendaftaran identiti secara dalam talian, menyebabkan kelancaran proses pengundian terganggu.
Selain itu, sekumpulan pemilih juga cuba menyelit memasuki celahan penghadang yang disediakan.
Menurut seorang pengundi, Dede Firman, 27, dia yang pertama kali mengundi Malaysia mendakwa agak terkejut dengan proses pengundian di WTCKL.
“Memang apa yang berlaku di sini agak luar biasa, kerana kita tumpu hanya pada satu pusat mengundi. Jika di Indonesia lokasi mengundinya lebih banyak dan tidak tertumpu,” katanya yang berasal dari Sumatera pada Ahad.
Sementara itu, seorang lagi pengundi, Agus Priytno, 44, berkata dia terpaksa menunggu hampir dua jam untuk menjalankan proses pengundian.
“Sebelum ini kita mengundi di Kedutaan Indonesia dan kebanyakan kami sudah mengetahui ke mana harus pergi, di mana tempat mendaftar dan di mana kita mahu mengundi.
“Tetapi di sini, kebanyakan pengundi tidak biasa dengan lokasinya dan disebabkan itu ia menjadi kelam kabut berbanding jika diadakan di bangunan kedutaan,” tambahnya.
Mengulas kekecohan yang berlaku di WTCKL, Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata laluan masuk pusat pengundian ditetapkan oleh Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.
Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara tersebut sedang ditambah baik dengan kerjasama daripada agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Irmohizam juga memberi jaminan bahawa kapasiti WTCKL mampu untuk menampung jumlah rakyat Indonesia yang layak mengundi iaitu lebih 220,000 di pusat pengundian tersebut.
“Pada hemat saya kita pernah menerima penerima vaksin hampir 1.3 juta semasa proses vaksinasi COVID-19.
“Kami memang jangkakan dengan jumlah-jumlah ini dan sudah tentu ia satu perkara yang telah kami lalui, cuma hari ini dalam keadaan berbeza (proses pengundian).
“Tetapi fokus kami adalah untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga Indonesia pada hari ini dapat menunaikan tanggungjawab mereka,” ujarnya.
Proses undi awal bagi Pemilu dan Pilpres 2024 berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang, dengan WTCKL menjadi salah satu lokasi daripada enam pusat pengundian yang dibuka di Malaysia.
Selain WTCKL, lima lagi lokasi ialah Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) serta Kuching (2,988).
Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas daripada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 11 2024
Kekecohan di WTCKL berjaya ditenangkan dengan bantuan agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto Astro AWANI
Astro, RTM tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine
Saluran khas tersebut dengan sajian pelbagai segmen akan ditayangkan selama 24 jam bermula 25 Mei ini di Saluran Astro 111.
Untung bersih suku pertama Maybank melonjak kepada RM2.49 bilion
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bank itu berkata hasil meningkat kepada RM18.35 bilion daripada RM15.19 bilion sebelum itu.
Seorang tahanan Palestin dibebaskan rejim Israel
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (Prcs) pada Khamis mengeluarkan video yang menunjukkan krunya menjemput seorang tahanan yang dibebaskan rejim Israel.
Rakaman yang dikongsi di media sosial itu menunjukkan kru ambulans menjemput seorang tahanan lelaki berhampiran Khan Younis, Selatan Gaza, pada Rabu dan membawanya ke Hospital.
Rakaman yang dikongsi di media sosial itu menunjukkan kru ambulans menjemput seorang tahanan lelaki berhampiran Khan Younis, Selatan Gaza, pada Rabu dan membawanya ke Hospital.
5 ahli keluarga suspek ditahan bawah SOSMA
Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
[TERKINI] ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada jam 1.38 petang di Hospital Seberang Jaya.
DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'
DoubleTree by Hilton serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Pasca Pilpres 2019: Masa untuk bangsa Indonesia kembali bersatu
Selepas berakhir proses pungutan suara di kotak undi pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 pada Rabu, kini tiba masanya untuk bangsa Indonesia kembali bersatu.
Kempen pilihan raya Presiden Indonesia bermula
Pemilihan yang dijadual berlangsung pada 9 Julai itu meletakkan pilihan antara gabenor Joko 'Jokowi' Widodo dengan bekas jeneral, Prabowo Subianto.